11 Nov 2017

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN TAHUN 2017

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 15 November 2017 (Rabu)
Masa : 7:45 pagi (pendaftaran)
Tempat : Dewan Bunga Raya, Rumah Rehat MPTI
Pakaian : Rasmi Kerja

3. Sehubungan dengan itu, tuan dan penolong kanan kokurikulum tuan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.