Pengetua Daerah Bagan Datuk
Tuan,
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk akan mengadakan Bengkel Kerja Sains SPM di bawah peruntukan Program Transformasi Daerah (DTP) seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 14 NOVEMBER 2017 | Selasa
Masa : 10.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak.
Senarai Peserta : Seperti Lampiran 1
3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dimohon untuk menghantar bilangan peserta yang terdiri dari guru Sains Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 seperti Lampiran 1. Peserta bengkel adalah layak membuat tuntutan perjalanan di bawah # Peruntukan Program Transformasi Daerah (DTP). Mohon membawa salinan akaun bank dan salinan surat panggilan untuk proses tuntutan perjalanan.
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Noor Azri bin Mohd Nazaruddin di talian 019-4814929.
Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
MUAT TURUN : SENARAI PESERTA