16 Nov 2017

UJIAN SARINGAN (BERTULIS JAWI) KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) TAHUN 2018 DAN TEMUDUGA LISAN SMKA KERIAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)

Semua Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa keputusan Kelayakan Menduduki Ujian Bertulis (Jawi) akan dimaklumkan pada :

Tarikh : 1 - 4 Disember 2017

Rujukan portal : jpnperak.moe.gov.my/semakansmka

Masa semakan : 10.00 pagi

3. Calon diminta membawa maklumat berkaitan, alat tulis, slip kelayakan menduduki ujian bertulis dan memakai pakaian rasmi sekolah kebangsaan.

4. Keputusan murid yang yang layak bagi Temuduga Ujian Lisan SMKA Kerian Tahfiz Model ulul Albab akan dimaklumkan pada :

Tarikh : 7 Disember 2017

Rujukan portal : jpnperak.moe.gov.my/semakansmka

Masa semakan : 2.00 petang

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT MAKLUMAN