MAKLUMAN TERKINI

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG RASMI PPD BAGAN DATUK. LAMAN INI HANYA SEMENTARA SEBELUM BERPINDAH KE LAMAN PORTAL RASMI. SEKIAN, TERIMA KASIH

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

5 Nov 2017

PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 4 DAN 5 DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2017

Semua Guru Besar
SK/SJKC/SJKT Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah membuka pautan untuk mengunci markah (key-in) Peperiksaan Akhir Tahun 4 dan 5 Daerah Bagan Datuk Tahun 2017.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memastikan guru-guru di bawah seliaan tuan melengkapkan markah-markah tersebut sebelum 17 November 2017.

4. Pihak PPD Bagan Datuk akan memproses data tersebut untuk tindakan yang selanjutnya.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak di talian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

sekian, terima kasih.