MAKLUMAN TERKINI

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG RASMI PPD BAGAN DATUK. LAMAN INI HANYA SEMENTARA SEBELUM BERPINDAH KE LAMAN PORTAL RASMI. SEKIAN, TERIMA KASIH

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

19 Nov 2017

LAPORAN PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) DAN KEM CEMERLANG JAW| (KCJ) PROGRAM j-OAF BAGI NEGERI PERAK TAHUN 2017

Semua Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan. Pihak tuan dimohon untuk muat turun dokumen-dokumen tersebut untuk tindakan tuan yang seterusnya. 

3. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi En. Mohd Khairur Rosikhan Bin M. Muridun di talian 05-241 4000 / 019-566 9676.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :





MAJLIS BERSAMA DENGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA DENGAN BARISAN KEPIMPINAN GURU SEMPENA KONVENSYEN PENDIDIKAN DAN PERSIDANGAN TAHUNAN MAJLIS GURU BESAR (MGB) NEGERI PERAK KALI KE-30 TAHUN 2017

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa sempena Konvensyen Pendidikan Dan Persidangan Tahunan Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Perak Kali Ke-30 Tahun 2017, satu majlis bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Pedana Menteri Malaysia dan Yg. Bhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan diadakan seperti ketentuan yang berikut :

Tarikh : 21 November 2017 (Selasa)
Tempat : Hotel Kinta Riverfront, Ipoh
Pakaian : Long Suit/ Pakaian Kerja

Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang (Sesi Pertama) 
Bersama : Yg. Bhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Masa : 2.00 petang – 5.00 petang (Sesi Kedua)
Bersama : YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

3. Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir bersama 4 orang pegawai PPD dari daerah tuan ke majlis tersebut. Pihak tuan juga diminta untuk memastikan supaya semua Pengetua dan Guru Besar dari daerah tuan wajib hadir bagi kedua-dua sesi yang dijalankan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Hafiz Bin Mohamad Noopiah di talian 05-5015226 / 012-5316820 dan Encik Rustam Affandy Bin Abdul Aziz di talian 012-5206681.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :

17 Nov 2017

PENGAMBILAN SABUN PENCUCI, SABUN TANGAN DAN BAHAN BANTUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN AWAL SAINS UNTUK PRASEKOLAH DAERAH BAGAN DATUK

Semua Guru Besar Program Prasekolah
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk mengambil bahan-bahan tersebut sebelum atau pada 8 Disember 2017 di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT SIARAN

16 Nov 2017

PROGRAM KARNIVAL PRASEKOLAH BAGAN DATUK TAHUN 2017

Semua Guru Besar Program Prasekolah
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Bersama-sama ini dilampirkan semua dokumen yang berkaitan dengan perkara yang di atas.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memuat turun dokumen-dokumen tersebut untuk tindakan yang selanjutnya.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :

KARNIVAL NBOS BERSAMA DENGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan program tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 19 November 2017 | Ahad
Masa : 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : SMK Hutan Melintang

3. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT PANGGILAN

PERINGATAN MESRA: PENGISIAN DATA PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) MELALUI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH-APLIKASI PENGISIAN DATA MURID (SPS-APDM) BAGI TAHUN 2017

Pengetua / Guru Besar,

Seluruh Negeri Perak.



Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir pengisian data PAJSK adalah seperti yang berikut :

Tahun 4 dan 5 - sebelum atau pada 5 Disember 2017
Tingkatan 3 - sebelum atau pada 27 November 2017
Tingkatan 1, 2, 4 dan 5 - sebelum atau pada 5 Disember 2017

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta memastikan semua data dilengkapkan seperti yang diperlukan dengan kadar segera. Permasalahan berkaitan PAJSK, mohon pihak sekolah emelkan butiran lengkap masalah dengan menggunakan borang excel ini ke aduan.pajsk@moe.gov.my dan noorulanuar@moe.gov.my cc ke nurainsham.ab@moe.gov.my

4. Sebarang pertanyaan, hubungi Puan Nur’ainsham binti Abu Bakar (Pegawai Meja PAJSK Negeri Perak) di talian 05 - 501 5155 / e-mel : nurainsham.ab@moe.gov.my atau pegawai kokurikulum daerah masing-masing.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : 



UJIAN SARINGAN (BERTULIS JAWI) KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) TAHUN 2018 DAN TEMUDUGA LISAN SMKA KERIAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)

Semua Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa keputusan Kelayakan Menduduki Ujian Bertulis (Jawi) akan dimaklumkan pada :

Tarikh : 1 - 4 Disember 2017

Rujukan portal : jpnperak.moe.gov.my/semakansmka

Masa semakan : 10.00 pagi

3. Calon diminta membawa maklumat berkaitan, alat tulis, slip kelayakan menduduki ujian bertulis dan memakai pakaian rasmi sekolah kebangsaan.

4. Keputusan murid yang yang layak bagi Temuduga Ujian Lisan SMKA Kerian Tahfiz Model ulul Albab akan dimaklumkan pada :

Tarikh : 7 Disember 2017

Rujukan portal : jpnperak.moe.gov.my/semakansmka

Masa semakan : 2.00 petang

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT MAKLUMAN

BENGKEL MEMBINA PLATFORM E-RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (E-RPH) DALAM FROG VLE DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2017

Semua Pengetua 
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk akan mengadakan bengkel tersebut seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 20 November 2017 | Isnin
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Bilik PAK21, SMK Hutan Melintang

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan dan dua orang wakil guru untuk hadir ke bengkel tersebut.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT PANGGILAN 

SEMINAR KESELAMATAN KANAK-KANAK 'ALWAYS BEWARE AND BE AWARE' (ABBA) SEMPENA PROGRAM #NEGARAKU KELUARGA BAHAGIA TAHUN 2017

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk 
(Seperti Lampiran 1)

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan program tersebut akan diadakan seperti yang berikut :

Tarikh : 19 November 2017 | Ahad
Masa : 11:30 pagi
Tempat : Dewan Dato' Mohamed Jamrah, Kampung Sungai Sumun
Perasmi : YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar wakil guru dan murid seperti dalam Lampiran 1.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

11 Nov 2017

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN TAHUN 2017

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 15 November 2017 (Rabu)
Masa : 7:45 pagi (pendaftaran)
Tempat : Dewan Bunga Raya, Rumah Rehat MPTI
Pakaian : Rasmi Kerja

3. Sehubungan dengan itu, tuan dan penolong kanan kokurikulum tuan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

7 Nov 2017

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) : BENGKEL KERJA SAINS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2017

Pengetua Daerah Bagan Datuk 

Tuan,

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk akan mengadakan Bengkel Kerja Sains SPM di bawah peruntukan Program Transformasi Daerah (DTP) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 NOVEMBER 2017 | Selasa

Masa : 10.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak.

Senarai Peserta : Seperti Lampiran 1

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dimohon untuk menghantar bilangan peserta yang terdiri dari guru Sains Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 seperti Lampiran 1. Peserta bengkel adalah layak membuat tuntutan perjalanan di bawah # Peruntukan Program Transformasi Daerah (DTP). Mohon  membawa salinan akaun bank dan salinan surat panggilan untuk proses tuntutan perjalanan.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Noor Azri bin Mohd Nazaruddin di talian 019-4814929.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SENARAI PESERTA

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) : BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU MATEMATIK TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2017

Pengetua Daerah Bagan Datuk 

Tuan,

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk akan mengadakan Bengkel Pemantapan Pedagogi Guru Matematik bawah peruntukan Program Transformasi Daerah (DTP) seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 NOVEMBER 2017 | Rabu

Masa : 10.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan

Senarai Peserta : Seperti Lampiran 1

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dimohon untuk menghantar bilangan peserta yang terdiri dari guru Matematik Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 seperti Lampiran 1. Peserta bengkel adalah layak membuat tuntutan perjalanan di bawah Peruntukan Program Transformasi Daerah (DTP). Mohon  membawa salinan akaun bank dan salinan surat panggilan untuk proses tuntutan perjalanan.

4. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi Noor Azri bin Mohd Nazaruddin di talian 019- 4814929.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SENARAI PESERTA

APTIS UNTUK PENGUJI INDIVIDU : PENDAFTARAN DALAM TALIAN UNTUK SESI 18 NOVEMBER 2017 DI BRITISH COUNCIL KUALA LUMPUR

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa portal pendaftaran Aptis dalam talian telah disediakan melalui alamat URL yang di bawah :


3. sehubungan dengan itu, semua guru Bahasa Inggeris Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mendaftar dalam talian tersebut untuk maklumat.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT SIARAN

KEPERLUAN MELENGKAPKAN BILANGAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) KPM OKTOBER 2017

Pengetua dan Guru Besar Daerah Bagan Datuk

Tuan, 

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan. 

2. Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan senarai guru yang gagal mencapai bilangan 7 hari berkursus sehingga 15 Oktober 2017. Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak memohon kerjasama daripada pengetua dan guru besar untuk memastikan sekolah melengkapkan 7 hari berkursus kepada guru-guru dan kakitangan dibawah pentadbiran tuan dengan merujuk pekeliling perkhidmatan KP (BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4 (14). Saya memohon tuan / puan agar dapat memastikan semua guru mematuhi arahan ini. 

3. Segala pertanyaan berhubung dengan perkara di atas sila hubungi En Kamarolzaman bin Abas Pen. PPD Pembangunan Profesional di talian 019 3301176. 

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengam ribuan terima kasih 

Sekian, terima kasih. 

MUAT TURUN : 

PERMOHONAN PENGISIAN INSTRUMEN KOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH MALAYSIA (KOMPAS) BAGI TUJUAN ANALLSIS KEPERLUAN LATIHAN TAHUN 2018

Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek Nilail IAB.600-5/2/3 JId.2 (10) bertarikh 12 Oktober 2017 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) memohon kerjasama tuan untuk memaklumkan dan memastikan semua Pengetua dan Guru Besar mengisi Instrumen KOMPAS dengan melayari laman sesawang seperti berikut :


3. Untuk makluman tuan, tujuan pengisian Instrumen KOMPAS Versi 2 ini adalah bagi membantu pihak IAB mengenal pasti kompetensi yang diperlukan oleh pemimpin pada masa kini. Maklumat ini sangat penting untuk membantu pihak IAB merancang keperluan program latihan untuk pengurusan dan kepimpinan dalam kalangan pemimpin sekolah. Tarikh tutup pengisian Instrumen KOMPAS Versi 2 adalah pada 10 November 2017 (Jumaat),

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, tuan boleh menghubungi En Jamal bin Ishak (jamal@iab.edu.my) di talian 06-797 9225 atau Dr Hjh Nor Foniza binti Maidin   di talian 06-797 9336.

Kerjasama dan perhatian dari tuan berhubung perkara ini amatfah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PROGRAM SIMULASI PELAKSANAAN ACARA KID ATLENTIC SEMPENA PROGRAM KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH BAGAN DATUK TAHUN 2017

Guru Besar
Program Prasekolah
Daerah Bagan Datuk

Tuan, 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjuntya.

2. Sehubungan dengan itu mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memuat turun surat panggilan berkenaan dan diambil tindakan yang seterusnya.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.


5 Nov 2017

UCAPAN KHAS YAB TPM KEPADA ANAK-ANAK BAGAN DATUK YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2017


KUTIPAN DATA MAKLUMAT ANGGARAN KEPERLUAN GURU GANTI BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

Semua Guru Besar 
SK/SJKC/SJKT Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Pihak tuan dimohon untuk memuat turun dan melengkapkan maklumat anggaran keperluan guru ganti bagi Sesi Persekolahan Tahun 2018 dengan menggunakan borang yang dilampirkan. 

Borang yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh PGB hendaklah dihantar secara dicetak kepada En.Mohmmad Sidek Al Munadi Bin Abdul Razak, Penolong PPD KGSK/GSTT/GG sebelum atau pada 17 November 2017. 

Jika sekolah tuan tiada keperluan guru ganti, borang tersebut perlu juga dihantar dengan menulis perkataan TIADA.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 4 DAN 5 DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2017

Semua Guru Besar
SK/SJKC/SJKT Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah membuka pautan untuk mengunci markah (key-in) Peperiksaan Akhir Tahun 4 dan 5 Daerah Bagan Datuk Tahun 2017.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memastikan guru-guru di bawah seliaan tuan melengkapkan markah-markah tersebut sebelum 17 November 2017.

4. Pihak PPD Bagan Datuk akan memproses data tersebut untuk tindakan yang selanjutnya.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak di talian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

sekian, terima kasih.

PERUBAHAN MAKLUMAT BUTIRAN INSTITUSI PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PENTADBIRAN BAGAN DATUK

Perubahan Kod Sekolah Daerah Bagan Datuk :