MAKLUMAN TERKINI

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG RASMI PPD BAGAN DATUK. LAMAN INI HANYA SEMENTARA SEBELUM BERPINDAH KE LAMAN PORTAL RASMI. SEKIAN, TERIMA KASIH

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

7 Nov 2017

KEPERLUAN MELENGKAPKAN BILANGAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) KPM OKTOBER 2017

Pengetua dan Guru Besar Daerah Bagan Datuk

Tuan, 

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan. 

2. Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan senarai guru yang gagal mencapai bilangan 7 hari berkursus sehingga 15 Oktober 2017. Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak memohon kerjasama daripada pengetua dan guru besar untuk memastikan sekolah melengkapkan 7 hari berkursus kepada guru-guru dan kakitangan dibawah pentadbiran tuan dengan merujuk pekeliling perkhidmatan KP (BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4 (14). Saya memohon tuan / puan agar dapat memastikan semua guru mematuhi arahan ini. 

3. Segala pertanyaan berhubung dengan perkara di atas sila hubungi En Kamarolzaman bin Abas Pen. PPD Pembangunan Profesional di talian 019 3301176. 

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengam ribuan terima kasih 

Sekian, terima kasih. 

MUAT TURUN :