MAKLUMAN TERKINI

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG RASMI PPD BAGAN DATUK. LAMAN INI HANYA SEMENTARA SEBELUM BERPINDAH KE LAMAN PORTAL RASMI. SEKIAN, TERIMA KASIH

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

7 Nov 2017

PERMOHONAN PENGISIAN INSTRUMEN KOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH MALAYSIA (KOMPAS) BAGI TUJUAN ANALLSIS KEPERLUAN LATIHAN TAHUN 2018

Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek Nilail IAB.600-5/2/3 JId.2 (10) bertarikh 12 Oktober 2017 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) memohon kerjasama tuan untuk memaklumkan dan memastikan semua Pengetua dan Guru Besar mengisi Instrumen KOMPAS dengan melayari laman sesawang seperti berikut :


3. Untuk makluman tuan, tujuan pengisian Instrumen KOMPAS Versi 2 ini adalah bagi membantu pihak IAB mengenal pasti kompetensi yang diperlukan oleh pemimpin pada masa kini. Maklumat ini sangat penting untuk membantu pihak IAB merancang keperluan program latihan untuk pengurusan dan kepimpinan dalam kalangan pemimpin sekolah. Tarikh tutup pengisian Instrumen KOMPAS Versi 2 adalah pada 10 November 2017 (Jumaat),

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, tuan boleh menghubungi En Jamal bin Ishak (jamal@iab.edu.my) di talian 06-797 9225 atau Dr Hjh Nor Foniza binti Maidin   di talian 06-797 9336.

Kerjasama dan perhatian dari tuan berhubung perkara ini amatfah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.