MAKLUMAN TERKINI

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG RASMI PPD BAGAN DATUK. LAMAN INI HANYA SEMENTARA SEBELUM BERPINDAH KE LAMAN PORTAL RASMI. SEKIAN, TERIMA KASIH

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

7 Nov 2017

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) : BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU MATEMATIK TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2017

Pengetua Daerah Bagan Datuk 

Tuan,

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk akan mengadakan Bengkel Pemantapan Pedagogi Guru Matematik bawah peruntukan Program Transformasi Daerah (DTP) seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 NOVEMBER 2017 | Rabu

Masa : 10.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan

Senarai Peserta : Seperti Lampiran 1

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dimohon untuk menghantar bilangan peserta yang terdiri dari guru Matematik Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 seperti Lampiran 1. Peserta bengkel adalah layak membuat tuntutan perjalanan di bawah Peruntukan Program Transformasi Daerah (DTP). Mohon  membawa salinan akaun bank dan salinan surat panggilan untuk proses tuntutan perjalanan.

4. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi Noor Azri bin Mohd Nazaruddin di talian 019- 4814929.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SENARAI PESERTA