MAKLUMAN TERKINI

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG RASMI PPD BAGAN DATUK. LAMAN INI HANYA SEMENTARA SEBELUM BERPINDAH KE LAMAN PORTAL RASMI. SEKIAN, TERIMA KASIH

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

16 Nov 2017

SEMINAR KESELAMATAN KANAK-KANAK 'ALWAYS BEWARE AND BE AWARE' (ABBA) SEMPENA PROGRAM #NEGARAKU KELUARGA BAHAGIA TAHUN 2017

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk 
(Seperti Lampiran 1)

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan program tersebut akan diadakan seperti yang berikut :

Tarikh : 19 November 2017 | Ahad
Masa : 11:30 pagi
Tempat : Dewan Dato' Mohamed Jamrah, Kampung Sungai Sumun
Perasmi : YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar wakil guru dan murid seperti dalam Lampiran 1.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.