MAKLUMAN TERKINI

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG RASMI PPD BAGAN DATUK. LAMAN INI HANYA SEMENTARA SEBELUM BERPINDAH KE LAMAN PORTAL RASMI. SEKIAN, TERIMA KASIH

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

16 Nov 2017

PERINGATAN MESRA: PENGISIAN DATA PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) MELALUI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH-APLIKASI PENGISIAN DATA MURID (SPS-APDM) BAGI TAHUN 2017

Pengetua / Guru Besar,

Seluruh Negeri Perak.



Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir pengisian data PAJSK adalah seperti yang berikut :

Tahun 4 dan 5 - sebelum atau pada 5 Disember 2017
Tingkatan 3 - sebelum atau pada 27 November 2017
Tingkatan 1, 2, 4 dan 5 - sebelum atau pada 5 Disember 2017

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta memastikan semua data dilengkapkan seperti yang diperlukan dengan kadar segera. Permasalahan berkaitan PAJSK, mohon pihak sekolah emelkan butiran lengkap masalah dengan menggunakan borang excel ini ke aduan.pajsk@moe.gov.my dan noorulanuar@moe.gov.my cc ke nurainsham.ab@moe.gov.my

4. Sebarang pertanyaan, hubungi Puan Nur’ainsham binti Abu Bakar (Pegawai Meja PAJSK Negeri Perak) di talian 05 - 501 5155 / e-mel : nurainsham.ab@moe.gov.my atau pegawai kokurikulum daerah masing-masing.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :